Isnin, 10 Mei 2010

Fikir sejenak



Pepatah ada mengatakan bahawa tersalah perahu boleh diundur,tersalah kata badan binasa.

susah juga untuk memperaktikkkan dalam kehidupan kita.Allah jadikan manusia satu mulut dua telinga supaya kita lebih banyak mendengar dari bercakap.jadi pendengar yang baik dan bercakaplah perkara yang membawa manfaat.elakkan dari banyak mengkritk perbuatan orang lain dan merasakan diri kita sempurna. tapi mampukah kita mengawal lidah yang tidak bertulang .Semua ini tepuk dada tnaya hati.

Dunia adalah jambatan ke akhirat,sudahkah kita membina jambatan masing-masing.Adakah jambatan yang kita bina itu selamat digunakan atau sekadar jalan yang yang tidak berturap atau tiada jalan langung untuk kita laluinya.ianya bergantung kepada amalan masing-masing

Apakah ertinya kesenangan yang dinikmati oleh Firaun jika akhir hayatnya ditenggelamkan dilautan yang luas dan apakah ertinya kenikmatan yang dimiliki oleh Qarun jika akhirnya ia dan bala tenteranya ditenggelamkan ditenggelamkan oleh Allah diperut bumi.sama-samalah kita renumgkan

Selasa, 16 Mac 2010

Ilmu menjadikan kita takut kepada Allah

Sumber FB: http://www.facebook.com/notes/jom-faham/ilmu-menjadikan-kita-takut-kepada-allah/361597131332
Link Tazkira & Muhasabah: http://www.facebook.com/topic.php?uid=73353096424&topic=13873
Oleh : PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan.

Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengadakan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu perkembangan yang baik kepada peningkatan kualiti umat Islam di negara ini dan agama Islam itu sendiri.

Persoalannya, apakah ilmu yang mereka perolehi ini benar-benar memberikan manfaat dan kesan ke dalam diri mereka?

Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya:

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.

(al-Faatir: 28)

Inilah ilmu yang paling bermanfaat kerana ilmulah yang memandu kita ke jalan akhirat. Kalam hikmah ini diungkapkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al Sakandari r.a dalam Hikamnya yang bertajuk al Hikam al Atoiyyah.

Terbukti, kalam hikmahnya ini telah mampu melunakkan hati yang keras, menenangkan jiwa yang resah, mengekang nafsu yang rakus dan mengajak manusia menyelami hikmah-hikmah di sebalik kejadian Allah SWT. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Adapun orang alim yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah bukanlah orang alim yang sebenarnya.

Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya.

Ilmu sebegini hanya akan menjadi hujah ke atasnya di akhirat kelak dan sebab yang akan mengundang bala dan akibat yang buruk kepadanya.

Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata,

"Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati".

Ini bukanlah ciri-ciri pewaris para nabi kerana pewaris para nabi memiliki sifat zuhud terhadap dunia, berminat terhadap akhirat, ikhlas menyampaikan amanah ilmu dan bertakwa.

Orang yang memiliki ilmu yang bermanfaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah.

Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata:

"Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah SWT".

Abu Muhammad r.a pernah ditanya:

"Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri".

Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan:

"Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah".

Al Wasiti r.a berkata:

"Manusia yang paling pengasih ialah ulama, kerana perasaan takut mereka kepada Allah dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah SWT".

Banyak ayat dan hadis yang menyebut tentang kemuliaan ilmu atau ulama. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Penuntut ilmu dijamin oleh Allah rezekinya".

Ketahuilah, bahawa ilmu yang diulang-ulang sebutannya di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW ialah ilmu yang bermanfaat yang disertai oleh perasaan takut kepada Allah. Bahkan, ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang mampu menguasai nafsu dan mengekang syahwat.

Disebut juga, ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang membantu pemiliknya mentaati Allah, dan berdiri di atas landasan agama Allah.

Sebahagian Salaf berkata:

"Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka bertambah jugalah kekhusyukannya (kerendahan hatinya)".

Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a:

"Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah SWT dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu".

Beliau berkata lagi:

"Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih-

kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.

"Apabila orang alim yang mencintai dunia dan ahlinya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah mengikut kadar kecintaannya kepada dunia".

Allah SWT berfirman (maksudnya):

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

(al-Rum: 7)

Rasulullah SAW bersabda:

"Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)".

(riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)

Fudhail ibn 'Iyadh berkata:

"Orang alim ialah doktor agama dan cinta dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah memasukkan atau mengheret penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati orang lain".

Sesiapa yang ilmunya memandunya kepada menuntut dunia, ketinggian di dalamnya, jawatan dan pandangan makhluk, maka ia adalah ilmu yang tidak bermanfaat. Bahkan, dia tertipu dengan ilmunya.

Tidak ada kerugian yang lebih besar daripada rosaknya orang alim dengan ilmunya yang diharapkan dapat menyelamatkannya. Kami memohon dengan Allah daripadanya.

Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan. Ulama mengumpamakan orang yang menghabiskan banyak waktu menuntut ilmu, duduk selama 40 atau 50 tahun belajar tanpa beramal, seperti orang yang asyik bersuci selama waktu itu dan memperbaharui wuduknya tetapi tidak solat walau satu rakaat.

Ini kerana maksud atau tujuan suatu ilmu ialah beramal dengannya sebagaimana tujuan berwuduk adalah untuk melakukan solat.

Berkata sebahagian ulama:

"Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".



Sumber : YayasanSofa

Khamis, 4 Februari 2010

Muhasabah diri

Hari ini genap umurku 32 tahun, bila umur mencecah angka 30 terasa diri begitu tua sekali dan seolah-olah terasa kubur kata mari dunia kata pergi.meningkatnya umur kita menandakan zaman muda sudah berlalu.Teringatkan diri makin berusia terfikir pula sejauh mana bekalan untuk ke akhirat .Allah Ya Rabbi...sesungguhnya hamba ini lalai sekali ..lalai dengan keseronokan dunia yang sementara dan lupa dengan kenikmatan syurgaMu yang berkekalan...

Pernahkah kita tanya diri kita apakah amalan yan dilakukan sepanjang umur kita ini mampu membuatkan kita terseyum untuk ke akhirat ,adakah sudah berbaloi sekadar menunaikan rukun Islam dan rukun Iman tanpa menghayati dan mendalami rukun tersebut....Sudah tentu jawapannya tepuk dada tanya hati

Oh Tuhanku..lemah sekali pemikiran kita untuk menilai diri sendiri,rasanya apa yang dilakukan betul semuanya, kekadang kita tidak dapat menerima nasihat dan teguran ,tetapi hakikat dimata orang lain kita begitu dhaif sekali,

Itulah sifat manusia memiliki 1001 ragam,kerenah dan rupa...hakikatnya kita mampu mengubah diri kita menjadi yang lebih baik dengan ilmu dan doa,'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga ia mengubah dirinya sendiri'.Allahu A'klam...semoga kita semua ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang soleh dan solehah

Isnin, 11 Januari 2010

Gembira v Resah

Gembira dan resah adalah lumrah nurani yang bergelar manusia.gembira datang membawa seribu nikmat manakala keresahan muncul membawa seribu kesedihan.beruntunglah orang yang mendapat kegembiraan tersebut.Manakala yang resah la tahzan,kerana ia adalah ujian Allah untuk mengukur tahap keimanan samaada kita sabar atau tidak.

Tidak ada makhluk di atas muka bumi ini sempurna kejadiannya,hanya Allah yang 'kamal'.

Datangnya kesedihan itu menyebabkan kita bertafakkur dan muhasabah diri dimana silapnya kita sebagai hamba Allah,kesedihan itu menambahkan kita mengingati Allah,kesedihan itu membuatkan kita ingat bahawa dunia ini adalah sementara dan kepada Allah jua tempat kita kembali.

Ingatlah...
jangan sekali-kali apabila datangnya kesedihan,bencana atau perkara yang meresahkan hati, kita menyalahkan takdir Allah

Ketika berada dalam kesedihan,hati menjadi murung,jiwa tidak tenteram,muka tidak ceria dan semua tindakan berasa kekok.sering kita berfikir cara untuk menenangkan jiwa.apa yang perlu dibuat?tidak lain dan tidak bukan ubat penenang jiwa ialah perbanyakkan membaca al-Quran.Al-Quran adalah penawar dan ubat segala racun.

Allah ya Rabbi,sesungguhnya engkau maha menerima dan mendengar rintihan hambamu ini..
kepadaMu ku panjatkan doa,moga Engkau sentiasa dekat dihatiku samaada ketika ku gembira dan sedih,jangan Engkau palingkan hatiku padamu walaupun sesat,
jadilah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur...amin

Jumaat, 1 Januari 2010

kita yang mencumburi masa

Berlalu sudah tahun 2009 yang banyak memberi pengajaran buat kita semua.hampir sebulan lebih berada di kampung bagaikan terasa sehari.blog sendiri pun tak sempat jenguk.cepat sungguh masa berlalu.cuti akhir tahun digunakan sepenuhnya berada di rumah ibu bapa dan mertua.2 minggu berada di kampung ,ayah masuk wad,operate.saat ini lah rasanya ibu bapa memang memerlukan anak disisi.apa tidaknya,ibu bapa memang sudah tua dan sedikit uzur,jadi selang 2 hari raga pakaian akan diusung kedalam kereta untuk berulang alik dari rumah mak ke rumah mertua.

kadang-kadang terima panggilan emergency dari mak,terpaksa usung pakain lagi untuk bawa mak ke hospital.tak apalah ini masanya untuk berbakti pada orang tua.lupakan hasrat sendiri untuk melancong ke negeri orang.sepanjang cuti kami hanya sempat ke KL sahaja selama lima hari 4 malam sahaja dan terpaksa balik 21/12 kerana ada temujanji anak dengan doktor pakar.

Balik dari Kuala Lumpur ,kami bawa mak mertua ke Kuala Krai untuk berjalan-jalan kerumah saudara dan sehari kemudian kami bawa mak ke wakaf baru untuk menziarahi anak angkat mak yang kematian bapa.Sepanjang berjalan dengan orang tua terasa seronok sekali dapat memenuhi kehendak mereka.,kepenatan tidak terasa

Allah berfirman demi masa,sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian kecuali orang -orang yang beriman dan beramal soleh.Rasanya sepanjang cuti berlalu urusan ibu bapa telah diutamakan berbanding diri sendiri.Bersyukur dapat ibu bapa yang sering memberi tunjuk ajar sehingga sekarang.Jasa kalian akan dikenang sehingga akhir hayat.kalau dikatakan masa mencumburi kita rasanya tidak tepat.Allah jadikan bumi berpusing mengelilingi matahari selama 24 jam.Tidak pernah terlewat dan tercepat walaupun sesaat.Jadi ,uruskanlah masa dengan rapi dan sistematik,

Sabtu, 7 November 2009

kenali hati

Menurut Iman Ghazali,hati mempunyai 4 sifat iaitu sifat buas,binatang,syaitan dan tuhan.Apabila hati dikuasai sifat marah,lahirlah sifat buas umpama binatang buas.di sini akan muncul lah sifat suka bermusuhan ,maki hamun dan bersengketa

Manakala bila hati di kuasai nafsu syahwat.lahirlah sifat binatang,sifat ini akan terselah kerakusan,keangkuhan,ketamakan san sifat pentingkan diri sendiri.Sifat ini yang menguasai Qarun,seperti mana yang dinyatakan Allah dalam surah al-Qasas ayat 78,yang bermaksud"Qarun berkata'Sesungguhnya aku diberikan harta kerana ilmu yang aku milikiApakah dia tidak mengetahui bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya sedangkan mereka lebih kuat dan lebih banyak menghimpunkan harta daripadanya"

Apabila hati dikuasai sifat ketuhanan,dia mencari kemuliaan ,keilmuan serta kehebatan.Ini semua adalah bagi membina kecemerlangan
Menurut Iman Ghazali(dipetik dari buku Formula individu cemerlang Dr.Danial Zainal Abidin)antara pintu yang sering digunakan oleh syaitan adalah:

1.Perasaan marah
2. Nafsu syahwat
3.Perasaan tamak dan dengki
4. Kenyang
5. Cintakan perhiasan dan harta benda
6. Bergantung kepada manusia
7. Gopoh gapah dan terburu nafsu,
8. Cinta kepada dinar,dirham dan emas
9. Sifat kedekut dan bakhil
10.Fanatik mazhab
11. Berburuk sangka

Hati yang cemerlang adalah hati yang suci bersih sehingga mampu melihat alam ghaib sehingga ia mengenali Allah tanpa sebarang keraguan.Hati perlu digilap selalu agar terus bersinar,Apabila kesucian hati tidak dijaga,ia akan mati.8 perkara mematikan hati ialah:

1. Mengetahui hak Allah tetapi tidak menegakkannya
2. Baca Al-Quran tapi tidak melaksanakan suruhannya
3.Mencintai nabi tapi mengabaikan suruhannya
4. Takut mati tapi tidak mempersiapkan diri
5.Mengetahui syaitan adalah musuh,tapi ghairah mengikut kehendakknya
7. Mahukan syurga tapi tidak beramal soleh
8. Kekurangan diri sendiri dilupakan,tp kekurangan orang lain diketengahkan

Selasa, 27 Oktober 2009

anak ibarat kain putih

anak dilahirkan putih bersih

betapa susahnya untuk mendidik anak2

perlukan pengorbanan masa,

tenaga dan

kekuatan jiwa

sekarang baru kuketahuai bahawa betapa besarnya

pengorbanan ibu dan bapaku.

wahai anak

jasa ibu tidak dapat dibalas dengan air mata darah sekalipun

harapan seorang ibu adalah

bila anaknya lahir kedunia ialah

ingin supaya anaknya menjadi anak yang soleh

yang mendoakannya ketika di alam barzakh